1. Terbuka kepada semua warganegara Malaysia.
2. Pemain yang pernah bermain atau mewakili NEGARA / NEGERI / PERPADUAN / LIGA SUPER / REMAJA KEBANGSAAN TIDAK DIBENARKAN menyertai kejohanan ini. Pemain yang berumur 12 tahun ke bawah dan yang berumur 55 tahun ke atas dalam peringkat ini adalah terkecuali daripada syarat ini dan dibenarkan bermain, namun tertakluk kepada syarat di Klausa 3 di bawah.
3. Pemain yang dikecualikan pada syarat di Klausa 2 di atas, pemain REMAJA NEGERI (TTAM) / MAKSAK / SUKMA DIBENARKAN menyertai kejohanan ini tetapi tidak dibenarkan bergabung sesama sendiri. Hanya SEORANG sahaja pemain dalam peringkat ini dibenarkan berada dalam setiap satu-satu pasukan.
4. Senarai ‘Finalist’ kejohanan iaitu Johan dan Naib Johan tidak dibenarkan bergabung sesama sendiri untuk Kejohanan Siri yang seterusnya. Hanya SEORANG sahaja pemain ‘Finalist’ Kejohanan dibenarkan berada dalam setiap satu-satu pasukan.
5. Penganjur berhak menggunakan budi bicara di dalam memutuskan status / penyertaan para pemain. Keputusan penganjur adalah muktamad.
6. Pertandingan adalah secara 3 Perseorangan dari peringkat kumpulan sehingga ke peringkat akhir.
7. Perlawanan di peringkat Kumpulan, akan dijalankan mengikut Format Perseorangan ABC vs XYZ seperti yang berikut:
Perlawanan Pertama : A vs X
Perlawanan Kedua : B vs Y PERINGKAT KUMPULAN
Perlawanan Ketiga : C vs Z
Kesemua 3 perlawanan di atas perlu dihabiskan semasa peringkat kumpulan.
Perlawanan akan dijalankan secara ‘Best of Five’ dengan kiraan 11 mata untuk setiap set.
Hanya Johan dan Naib Johan setiap kumpulan sahaja yang layak ke pusingan Kalah Mati.
Undian untuk pusingan Kalah Mati sehingga ke perlawanan akhir akan dibuat secara ‘Open Draw’.
8. Perlawanan di peringkat Kalah Mati hingga ke peringkat Akhir, akan dijalankan mengikut Format Perseorangan ABC vs XYZ seperti yang berikut:
Perlawanan Pertama : A vs X
Perlawanan Kedua : B vs Y
Perlawanan Ketiga : C vs Z PERINGKAT KALAH MATI
Perlawanan Keempat : A vs Y
Perlawanan Kelima : B vs X
Penentuan pasukan samada berada dalam ‘Line-up’ ABC ataupun XYZ akan dibuat melalui undian rambang sebelum setiap perlawanan dimulakan.
Pasukan yang terlebih dahulu mendapat 3 kemenangan akan dikira sebagai pemenang.
Perlawanan akan dijalankan secara ‘Best of Five’ dengan kiraan 11 mata untuk setiap set.
9. Tarikh dan masa kejohanan:
11hb Februari 2017 (Sabtu) - 09:00 pagi hingga 07.00 malam
10. Lokasi kejohanan:
Dewan Aras 2, Kompleks Kejiranan Presint 9, Putrajaya.
11. Tarikh, masa dan lokasi undian untuk pembahagian kumpulan:
06hb Februari 2017 (Isnin) - 10.00 malam
Dewan Aras 2, Kompleks Kejiranan Presint 9, Putrajaya.
Keputusan undian dan jadual perlawanan akan diberitahu melalui grup media Whatsapp / Telegram / Laman Web yang berkaitan.
12. Hadiah kejohanan:
Johan : RM 800.00 Tunai + Medal
Naib Johan : RM 400.00 Tunai + Medal
3 / 4 Bersama : RM 200.00 Tunai
3 / 4 Bersama : RM 200.00 Tunai
13. Yuran kejohanan:
RM 80.00 / Pasukan
Minimum 3 orang pemain dan maksimum 4 orang pemain dalam satu-satu pasukan
14. Proses pembayaran boleh dibuat terus ke akaun bank berikut:
Nama Bank : Maybank Berhad
No. Akaun : 166010084615
Nama Akaun : Mohd Firdaus b. Mohamad (Bendahari KPPj8)
Sila sertakan bukti pembayaran kepada alat emai aidiazhar@yahoo.com atau mesej whatsapp/telegram/sms kepada yang berkenaan di bawah:
1) Mohd Firdaus (Bendahari) : 016-617 5313
2) Aidi Azhar (Setiausaha) : 012-217 3775