KEJOHANAN PING PONG BERPASUKAN NOVIS

Tournament New/Past

KEJOHANAN PING PONG BERPASUKAN NOVIS

Postby BlackDragon » Thu Feb 02, 2017 7:19 pm

SYARAT DAN PERATURAN PERTANDINGAN

1. NAMA KEJOHANAN
KEJOHANAN PING PONG BERPASUKAN NOVIS
TEMPAT : DEWAN SERBAGUNA PUSAT SUKAN UPM
MASA : 8.30 PG SEHINGGA SELESAI
TARIKH : 11 MAC 2017

2. PERATURAN AM

2.1. Kejohanan ini akan dijalankan mengikut Undang Undang INTERNATIONAL TABLE TENNIS FEDERATION (ITTF) yang berkuatkuasa serta diterima pakai oleh PERSATUAN PING PONG MALAYSIA (TTAM) dan peraturan peraturan lain yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Penganjur.

2.2. Pendaftaran pertandingan adalah secara siapa cepat dia dapat –menurut pembayaran tunai. Namun demikian, pihak penganjur berhak untuk menolak mana-mana penyertaan tanpa sebab.

2.3. Penganjur tidak akan membayar sebarang ganti rugi kepada pasukan-pasukan yang bertanding sekiranya pertandingan dibatalkan, ditunda dan sebagainya. Sekiranya terdapat pasukan yang menarik diri daripada pertandingan sama ada sebelum atau ketika pertandingan dijalankan, pihak penganjur tidak akan membayar ganti rugi. Pihak penganjur juga berhak untuk mengantikan mana-mana pasukan yang menarik diri dengan mana-mana pasukan yang layak bagi meneruskan pertandingan.

2.4. Hanya getah yang disenaraikan dalam ‘List Authorised Racket Covering’ No. 2016B, berkuatkuasa 1 Oct 2016 –31 March 2017 sahaja yang dibenarkan

2.5. Sebarang getah yang diubah-suai tidak dibenarkan penggunaannya sama sekali. Jika terdapat sebarang kerumitan dan kemusykilan dalam perkara ini, pihak penganjur berhak menggunakan budibicara mereka dan sebarang keputusan yang dibuat oleh pihak penganjur adalah muktamad.

2.6. Penggunaan sebarang getah yang diubah-suai akan mengakibatkan pemain bersama pasukan yang diwakilinya akan DIBATALKAN penyertaannya dan keputusan/kemenangan ‘walkover’ akan diberikan kepada pemain ataupun pasukan lawan.

2.7. Sekiranya berlaku sebarang kekeliruan berkenaan dengan penggunaan getah yang diubah-suai, sila kemukakan bantahan SEBELUM ATAUPUN SEMASA perlawanan tersebut. Sebarang bantahan selepas perlawanan tersebut selesai tidak akan dilayan.

2.8. Semua perlawanan / permainan dijalankan dalam format “Best of Five” melainkan sekiranya ada dinyatakan sebaliknya

2.9. .Sebarang penipuan pada status pemain, jika didapati bersalah pada pertimbangan pihak penganjur maka pemain tersebut serta pasukan yang diwakilinya akan DIBATALKAN dan kemenangan percuma akan diberikan pada pihak lawan.

2.10. Sekiranya terdapat sebarang kemusykilan dalam penentuan status seseorang pemain, pihak penganjur berkuasa penuh untuk menggunakan budi bicara mereka bagi menentukan status pemain tersebut dan keputusan pihak penganjur adalah muktamad.

2.11. Mana-mana pasukan / pemain yang didapati bersalah dan dibatalkan penyertaan, maka yuran penyertaan tidak akan dipulangkan.

3. JENIS PERTANDINGAN
3.1. Pertandingan Berpasukan Novis

4. PENYERTAAN DAN KELAYAKAN PESERTA
4.1. Peserta adalah terdiri dari warganegara Malaysia sahaja.
4.2. Maksimum, hanya 5 orang pemain sahaja yang boleh didaftarkan dalam satu pasukan.
4.3. Pemain-pemain yang yang pernah bermain dalam kejohanan-kejohanan seperti SUKMA, REMAJA KEBANGSAAN, REMAJA NEGERI, LIGA SUPER, KEBANGSAAN DAN ANTARABANGSA TIDAK dibenarkan menyertai kategori ini.
4.4. Syarat Khas :
4.4.1. Pemain MAKSAK dibenarkan (SEORANG SAHAJA) bermain dalam mana- mana pasukan tanpa mengira tahun mewakili MAKSAK (TERMASUK ATM & PDRM)
4.4.2. Pemain-pemain (NOVICE EXPERT) berikut dibenarkan bermain tetapi tidak boleh bergabung sesama sendiri dan mahupun bersama pemain MAKSAK dalam mana-mana pasukan:-
• Ah Paw (Ah Paw Chicken Rice)
• Ah Wai (Klang Union)
• Ah Thiam (Joel Yap)
• Rahmat (i-City)
• Hau Wei (Joel Yap)
• Zulkarnain (Untold Legend)
• Kok Jun Wai (Klang Union)
• Ah Meng (i-City)
• Kee Sze Xian (Johor)
• Wai Loon (Eng Chong Klang)
• Azizi (Untold Legend)
• Shahmi (ZJK)
4.5. Pemain yang berumur 12 Tahun dan ke bawah (pada tarikh kejohanan) tidak termasuk dalam perkara 4.3 di atas. No Kad Pengenalan pemain tersebut perlu dikemukakan sekiranya diminta oleh pihak penganjur.
4.6. Pasukan Paralimpik Malaysia (Kecuali Mohamad Azwar Bakar) adalah tidak termasuk dalam Klausa 4.3 Oleh yang demikian, mereka dibenarkan untuk menyertai pertandingan ini.
4.7. Pertandingan untuk kategori ini adalah mengikut susunan berikut:-
4.7.1. Perlawanan Pertama : Perseorangan Pertama
4.7.2. Perlawanan Kedua : Bergu
4.7.3. Perlawanan Ketiga : Perseorangan Kedua
4.7.4. Seorang pemain hanya dibenarkan bermain sekali sahaja.
4.8. Semua pasukan yang bertanding mesti menghabiskan ketiga-tiga perlawanan (Perseorangan Pertama, Bergu dan Perseorangan Kedua) semasa perlawanan di peringkat liga kumpulan.
4.9. Hanya Juara dan Naib Juara bagi setiap kumpulan akan layak ke pusingan seterusnya, iaitu pusingan Kalah Mati.
4.10. Pada peringkat Kalah Mati, mana-mana pasukan yang telah memenangi dua (2) perlawanan awal (Perseorangan Pertama dan Bergu) telah dikira sebagai pemenang peringkat tersebut tanpa perlu diadakan perlawanan ketiga.

5. YURAN PENYERTAAN DAN HADIAH
5.1. Yuran penyertaan RM100
5.2. Hadiah
5.2.1. Johan : Tunai RM1000.00 + Medal
5.2.2. Naib Johan : Tunai RM500.00+Medal
5.2.3. Ketiga Bersama : Tunai RM250.00+Medal
6. JADUAL PERTANDINGAN
6.1. Jadual pertandingan akan disediakan oleh Jawatankuasa Pengelola Pertandingan.


7. PEMBERIAN MATA DAN PENENTUAN KEMENANGAN
7.1. Pemberian mata dan penentuan kemenangan adalah berdasarkan format berikut:- 7.1.1.Menang : 2 mata
7.1.2.Kalah : 0 mata
7.2. Sekiranya setelah semua perlawanan di peringkat kumpulan telah selesai dan jika didapati dua (2) pemain/pasukan atau lebih memperolehi jumlah mata yang sama, maka tatacara mengikut susunan kaedah berikut akan diambilkira bagi menentukan susunan pemenang dalam kumpulan tersebut, iaitu:-
7.3. Sekiranya hanya ada dua (2) pemain/pasukan yang memperolehi mata yang sama, maka pemenang perlawanan di antara dua (2) pemain/pasukan tersebut akan dikira sebagai Juara Kumpulan.
7.4. Sekiranya ada tiga (3) atau lebih pemain/pasukan yang memperolehi mata yang sama, maka kaedah berikut akan digunakan mengikut turutan:-
7.4.1. Bilangan Perlawanan : Nisbah menang / kalah 7.4.2.Bilangan Permainan/Set : Nisbah menang / kalah 7.4.3.Bilangan mata permainan : Nisbah menang / kalah
7.5. Sekiranya dalam apa jua keadaan, kaedah seperti klausa 7.4 gagal untuk menentukan pemenang, pihak penganjur berhak menggunakan sebarang kaedah yang difikirkan perlu dan munasabah untuk menentukan pemenang.
7.6. Sebarang keputusan penganjur dalam klausa 7.5 di atas adalah muktamad.


8. PENARIKAN DIRI (WALKOVER)
8.1. Penarikan diri adalah tidak dibenarkan sama sekali. Sekiranya berlaku, pengurus atau ketua pasukan perlu bertanggung jawab sepenuhnya termasuk digugurkan penyertaan.
8.2. Semua pasukan diwajibkan melaporkan diri 15 minit lebih awal sebelum masa yang ditetapkan dalam jadual rasmi Kejohanan.
8.3. Tangguhan masa 15 minit dari masa yang ditetapkan akan diberikan jika berlaku kelewatan, selepas masa tangguhan , maka pihak penganjur berkuasa memberi kemenangan PERCUMA (3-0) kepada pasukan yang hadir mengikut jadual.
9. BANTAHAN
9.1. Bantahan hanya boleh dibuat oleh Pengurus Pasukan atau Ketua Pasukan sahaja secara lisan kepada Ketua Pengadil Perlawanan yang berkaitan akan diberhentikan untuk sementara waktu bagi mengenalpasti kesahihkan setiap bantahan. Pihak penganjur akan menggunakan ketetapan peraturan yang ada atau apa juga kaedah yang difikirkan perlu untuk membuat keputusan . Sebarang keputusan dari pihak penganjur adalah muktamad.

9.2. Bantahan harus dibuat berserta yuran bantahan RM300.00 kepada Jawatankuasa Pengelola Kejohanan. Wang bantahan akan dikembalikan sekiranya keputusan bantahan tersebut berjaya manakala wang tidak akan dikembalikan sekiranya keputusan tidak berjaya.

9.3. Sekiranya dirasakan perlu, pihak penganjur boleh melantik para juri dalam membuat keputusan. Para juri mungkin terdiri daripada :
9.3.1. Pengerusi Jawatankuasa Penganjur 9.3.2.Pengadil Pertandingan
9.3.3.Tiga wakil dari pasukan yang bertanding yang tidak terlibat dalam bantahan. Wakil-wakil ini akan dipilih oleh pihak penganjur.
10. HAK DAN KUASA PENGANJUR
10.1. Pihak pengajur berhak untuk menambah atau meminda mana-mana peraturan sekiranya perlu dan membuat keputusan atas perkara-perkara tidak dijelaskan dalam peraturan pertandingan (‘grey area’) untuk melancarkan lagi kejohanan.
10.2. Pihak Penganjur berhak untuk membatalkan penyertaan pemain/pasukan yang melanggar mana-mana peraturan.
10.3. Sebarang keputusan yang dibuat oleh pihak penganjur adalah muktamad, walaubagaimana pun, pihak penganjur akan menggunakan budi bicara dengan sebaik mungkin dalam membuat keputusan.
11. PENGADIL
11.1. Pengadil adalah dikalangan pemain sendiri. Penganjur hanya menyediakan pengadil hanya untuk perlawanan suku akhir hingga akhir sahaja.
12. BOLA PERTANDINGAN DAN PAKAIAN
12.1. Bola 40+ ITTF Approved Poly Material berwarna PUTIH akan digunakan sepanjang pertandingan.
12.2. Hanya bola yang disediakan oleh pihak penganjur sahaja dibenarkan semasa pertandingan.
12.3. Semua pemain yang bertanding tidak dibenarkan memakai baju berwarna putih sepanjang pertandingan.
12.4. Semua pemain adalah digalakkan memakai pakaian yang bersesuaian dan menutup aurat.
13. UNDIAN
13.1. Undian akan diadakan pada 8 Mac 2017 jam 8.30 mlm di Pusat Sukan UPM


14. Kembalikan borang yang lengkap kepada Urusetia pertandingan atau melalui email :
URUSETIA KARNIVAL SUKAN UPM 2017
Pusat Sukan Universiiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang Selangor D.E
Fax No: 0389464280 / 4279
Untuk pendaftaran dan pertanyaan sila hubungi :

EN. MOHAMMAD AZWAR B. BAKAR @IBRAHIM : 014-5081088
Maybank Berhad 113015165220
(Sila email slip ‘Bank In’ sebagai bukti pengesahan) m_azwar@upm.edu.my

EN. RIDUAN ( Teknikal ) : 012-6669942
majulah ping pong untuk diri sendiri
say NO to modified pimple
Blade : TIBHAR Dynamic 7
FH : XIOM Zava I
BH : der materialspezialist SUPERWALL
User avatar
BlackDragon
Golduser
Golduser
 
Posts: 1631
Joined: Tue May 15, 2007 12:00 am
Location: Bandar Tun Hussein Onn
 
 

Return to Tournament

Who is online

Users browsing this forum: No registered users and 1 guest

cron