KEJOHANAN PING PONG TERBUKA TUDM 2017

Tournament New/Past

KEJOHANAN PING PONG TERBUKA TUDM 2017

Postby likimimi » Mon Mar 27, 2017 8:41 am

KEJOHANAN PING PONG TERBUKA TUDM 2017

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera,
Saya selaku penganjur ingin menjemput pihak tuan menyertai pertandingan berikut:-

Tarikh Kejohanan: 02 April & 05 April 2017
Masa Kejohanan: 9.00 pagi- 9.00malam
Tempat Kejohanan: Dewan Ababil Pangkalan Udara Subang, 40000 Shah Alam, Selangor

1. Tentatif Kejohanan

Ahad (02 Apr 2017) Berpasukan Terbuka
Rabu (05 Apr 2017) Bergu Tertutup ATM

7.30pm-8.30pm- Pendaftaran kategori Berpasukan Terbuka.

9.00am-2.00pm- Perlawanan berpasukan dalam kumpulan bermula (sehingga tamat pusingan kedua).

3.00pm- Undian Pasukan ke Pusingan kedua
4.00pm – Pusingan kedua bermula sehingga TAMAT.

(TERTAKLUK KEPADA PINDAAN DAN PENYERTAAN)

1.1 Tarikh tutup: 28 Mac 2017

1.2 Undian: 30 Mac 2017 di Dewan Ababil, PU Subang.

2. KATEGORI

2.1 Berpasukan Terbuka
2.2 Bergu Tertutup ATM

3. UNDANG UNDANG RASMI PERTANDINGAN

3.1 Kejohanan ini akan dijalankan mengikut Undang-Undang ITTF yang berkuatkuasa serta diterima pakai oleh Persatuan Ping Pong Malaysia dan peraturan-peraturan lain yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Penganjur.

3.2 Hanya getah yang disenaraikan dalam ‘List Authorised Racket Covering’ No. 2015A, berkuatkuasa 31 Mac 2017 –1 Oktober 2017 sahaja yang dibenarkan.

3.3 Sebarang bantahan mengenai getah yang diubahsuai hendaklah dilakukan SEBELUM perlawanan dimulakan dan bantahan tidak akan diterima selepas perlawanan tamat.

4. KELAYAKAN PESERTA

4.1.1 Terbuka kepada semua warganegara BUMIPUTERA Malaysia sahaja.

4.1.2 Penganjur berhak menggunakan budi bicara di dalam memutuskan status / penyertaan para pemain. Keputusan penganjur adalah muktamad.

4.2 BERPASUKAN NOVIS TERBUKA

4.2.1 Terbuka kepada semua warganegara BUMIPUTERA Malaysia sahaja.

4.2.2 Pemain yang pernah bermain dalam kejohanan NEGARA /NEGERI / PERPADUAN tidak dibenarkan menyertai acara ini (bagi bekas ATAU Tentera/Polis dikecualikan dari syarat ini).

4.2.3 Pemain yang berstatus Remaja Negeri & Sukma hanya dibenarkan SEORANG sahaja dan tidak dibenarkan berada dalam satu-satu pasukan yang sama. (bagi bekas ATAU Tentera/Polis dikecualikan dari syarat).

4.2.4 Penganjur berhak menggunakan budi bicara di dalam memutuskan status / penyertaan para pemain. Keputusan penganjur adalah muktamad.

4.3 BERGU TERBUKA

4.3.1 Terbuka kepada semua pegawai/anggota atau bekas ANGKATAN TENTERA MALAYSIA dan orang awam yang bekerja dibawah KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA.
4.3.2 Penganjur berhak menggunakan budi bicara di dalam memutuskan status / penyertaan para pemain. Keputusan penganjur adalah muktamad.

5. FORMAT BAGI KATEGORI BERPASUKAN DAN BERGU
5.1.1 Jumlah pemain berdaftar; minima 3 orang dan maksima 4 orang.

5.1.2 Pemain lelaki dan wanita dibenarkan bermain di dalam satu pasukan.
5.1.3 Hanya seorang pemain di dalam setiap pasukan dibenarkan bermain dua kali sama ada perseorangan pertama dan bergu atau perseorangan kedua dan bergu.

5.1.4 Format perlawanan adalah 2 perseorangan & 1 bergu. Susunan perlawanan adalah seperti berikut:-

Perlawanan pertama : Perseorangan pertama
Perlawanan kedua : Perseorangan kedua
Perlawanan ketiga : Bergu

5.1.5 Pasukan-pasukan yang berdaftar akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan, iaitu 3 ataupun 4 pasukan (bergantung kepada jumlah penyertaan) dalam setiap kumpulan akan bermain secara liga.

5.1.6 Format Permainan

• Peringkat kumpulan, liga satu pusingan.
• Johan & Naib Johan setiap kumpulan sahaja akan bermain dalam Pusingan Kalah mati.
• Kiraan 11 mata, terbaik 5 set.

6. YURAN PENYERTAAN

6.1 Berpasukan Terbuka- RM120.00

6.2 Bergu Tertutup ATM- RM40.00

7. HADIAH

7.1 Berpasukan Terbuka

Johan : RM1200.00

Naib Johan : RM700.00

Separuh Akhir : RM300.00

7.2 Bergu Tertutup ATM

Johan : RM400.00

Naib Johan : RM200.00

Separuh Akhir : RM100.00

8. MENARIK DIRI

8.1 Menarik diri (walkover) adalah tidak dibenarkan. Jika ini berlaku, pasukan/bergu/perseorangan berkenaan akan dibatalkan penyertaannya dan wang penyertaan tidak akan dikembalikan.

8.2 Pasukan / pasangan / perseorangan yang lewat 10 minit dari masa yang ditetapkan (tanpa alasan yang munasabah) akan dianggap memberi kemenangan percuma kepada pihak lawan dengan kiraan 3-0.

8.3 Semua keputusan perlawanan terdahulu pasukan / pasangan yang menarik diri akan tidak akan diambil kira.

9. PERKARA AM

9.1 Pihak penganjur berhak memanjangkan masa kejohanan sekiranya berlaku sesuatu yang di luar jangkaan ( tidak dapat dielakkan ).

9.2 Pihak penganjur berhak membatalkan penyertaan pemain/pasukan yang melanggar peraturan.

9.3 Jika terdapat sebarang masalah atau kerumitan yang tidak diperuntukkan di dalam peraturan-peraturan ini, Jawatankuasa penganjur akan memutuskan dan keputusan adalah muktamad.

9.4 Pihak penganjur berhak menambah atau membuat perubahan ke atas peraturan-peraturan yang dianggap perlu untuk melancarkankan perjalanan kejohanan ini.

9.5 Jawatankuasa pertandingan akan menjadi Juri Bantahan.

9.6 Sebarang bantahan hendaklah dikemukakan dalam 30 minit selepas tamat perlawanan beserta cagaran wang tunai sebanyak RM300.00. Wang cagaran tidak akan dikembalikan jika bantahan tidak disabitkan.

10. PENGADIL

10.1 Untuk perlawanan liga,pusingan kedua,ketiga dan suku akhir dalam acara berpasukan,bergu dan perseorangan,kerjasama adalah dipohon daripada pemain untuk menjadi pengadil.

10.2 Pengadil hanya disediakan mulai peringkat separuh akhir hingga akhir.

11. BORANG PENYERTAAN DAN BAYARAN

11.1 Para peserta DIWAJIBKAN menjelaskan bayaran penyertaan terlebih dahulu sebagai pengesahan penyertaan atau "booking" sebelum tarikh tutup kejohanan.
Slip bayaran hendaklah disertakan dengan borang penyertaan kejohanan dan hendaklah diemailkan kepada tudmtabletennisclub@gmail.com atau dihantar secara whatsapp/wechat/sms kepada urusetia kejohanan berikut :

• Rosman : 013-368 9177
• Remy : 011-1577 7443
• Maliki : 011-4000 0000


11.2 Bayaran terus boleh dibuat ke akaun bank tersebut:

NAMA BANK : Maybank

NO. AKAUN : 108177490656

BAYAR KEPADA : Wan Nor Rosman bin Wan Ishak

11.3 Penyertaaan adalah adalah berdasarkan ‘First Come First Serve’ dan tertakluk kepada penerimaan yuran pendaftaran.

11.4 Sekiranya selepas tarikh tutup pada 30 Mac 2017 dan penyertaan melebihi dari kuota, maka pasukan yang telah menjelaskan yuran penyertaan akan diterima serta disahkan penyertaan, walaupun mendaftar pada ‘last minute’.

12. BOLA KEJOHANAN

12.1 Bola 40+ 3 bintang berjenama Nittaku Premium berwarna putih akan digunakan dalam kejohanan ini. (Tertakluk kepada pindaan)

13. KESELAMATAN

13.1 Pihak penganjur tidak akan bertanggung jawab keatas sebarang kemalangan / kecederaan / kerugian / kehilangan harta benda pemain sebelum, semasa atau selepas kejohanan ini.

13.2 Semua pemain diminta mematuhi arahan dari pihak penganjur dari masa ke semasa.

13.3 Kerjasama diminta dari semua pemain agar menjaga kebersihan dewan dan persekitarannya.

14. PENGINAPAN

Pihak penganjur tidak meyediakan atau menguruskan penginapan untuk peserta.
likimimi
Newuser
Newuser
 
Posts: 19
Joined: Sat Oct 13, 2012 7:55 pm
 
 

Return to Tournament

Who is online

Users browsing this forum: Google [Bot], Majestic-12 [Bot] and 3 guests

cron