Kejohanan Pingpong Terbuka Cyberjaya 2017

Tournament New/Past

Kejohanan Pingpong Terbuka Cyberjaya 2017

Postby ayamlaga » Mon Apr 17, 2017 9:35 am

1.0 NAMA KEJOHANAN

Kejohanan ini dinamakan Kejohanan Pingpong Terbuka Cyberjaya 2017.

2.0 TEMPAT, MASA DAN TARIKH

2.1 Tempat : Street Mall 2, Cyberjaya
2.2 Masa : 8:30 pagi hingga 7.30 malam
2.3 Tarikh : Sabtu, 13 Mei 2017

3.0 UNDANG-UNDANG RASMI KEJOHANAN

3.1 Kejohanan ini akan dijalankan mengikut Undang Undang INTERNATIONAL TABLE TENNIS FEDERATION (ITTF) yang berkuatkuasa serta diterima pakai oleh PERSATUAN PING PONG MALAYSIA (TTAM) dan peraturan peraturan lain yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Penganjur. Hanya getah yang disenaraikan dalam “List Authorised Racket Coverings No.20168 berkuatkuasa 1 Oktober 2016 – 31 Mac 2017 sahaja yang dibenarkan penggunaannya.

3.2 Sebarang getah yang diubah-suai adalah dilarang sama sekali penggunaannya. Jika terdapat sebarang kerumitan dan kemuskilan dalam perkara ini, pihak penganjur berhak menggunakan budibicara mereka dan sebarang keputusan yang dibuat oleh pihak penganjur adalah muktamad.

4.0 KATEGORI PERTANDINGAN, STATUS DAN PENDAFTARAN PEMAIN

4.1 Berpasukan Novis

4.1.1 Peserta adalah terdiri dari warga negara Malaysia sahaja.

4.1.2 Maksimum, hanya 4 orang pemain sahaja yang boleh didaftarkan dalam satu pasukan.

4.1.3 Pemain yang pernah mewakili Negara, Negeri, Liga Super, Remaja Kebangsaan/Negeri dan Sukma TIDAK DIBENARKAN menyertai pertandingan ini.

4.1.4 Pemain-pemain berikut diberi pelepasan istimewa untuk menyertai pertandingan ini:-

i) Aimal (MSA)
ii) Ben Syafiq (MSA)
iii) Fazari (Maluri)
iv) Malik (Polis)
v) Fakri (Polis)
vi) Maliki (TUDM)
vii) Munawar (I-city)
viii) Faidzal (DBKL)
ix) Izad (Trg/ZJK)
x) Syed Azwan (Trg/ZJK)
xi) Hafiz (Trg/ZJK)
xii) Manchoman (MSA/Imigresen)
xiii) Cikgu Suhaimi (Sekincan)
xiv) Pak Tam
xv) Ajey

4.1.5 Pemain-pemain Negeri/Perpaduan MELAYU yang berumur 40tahun dan ke-atas (pada 1hb Januari 2017) DIBENARKAN menyertai pertandingan ini.

4.1.6 Hanya seorang (1) pemain Bukan Melayu dibenarkan dalam sesuatu pasukan dan tertakluk kepada perkara (4.1.3).

4.1.7 Pemain-pemain novis dalam senarai di bawah dibenarkan menyertai pertandingan:-

i) Ah Pau (Chiken Rice)
ii) Ah Wai (Klang Union)
iii) Ah Thiam (Joel Yap/USM)
iv) Rahmat (I-City)
v) Hau Wei (Joe Yap)
vi) Kok Jun Wai (Klang Union)
vii) Ah Meng (I-City)
viii) Kee Sze Xian (Johor)

4.1.8 Pemain-pemain MAKSAK dan pemain-pemain dalam Klausa 4.1.4 serta Klausa 4.1.7 TIDAK boleh didaftarkan atau bermain dalam satu pasukan yang sama.

4.1.9 Jika terdapat sebarang kemuskilan dalam penentuan status seseorang pemain, pihak penganjur berhak menggunakan budi bicara mereka untuk menentukan status pemain tersebut dan keputusan pihak penganjur adalah muktamad.

5.0 FORMAT PERTANDINGAN

5.1 Pertandingan adalah untuk acara berpasukan mengikut susunan perlawanan seperti berikut:-
Perlawanan Pertama : Perseorangan Pertama
Pelawanan Kedua : Perseorangan Kedua
Perlawanan Ketiga : Perseorangan Ketiga

5.2 Semua pasukan yang berdaftar akan dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan yang terdiri daripada 4 pasukan dalam setiap kumpulan dan akan bermain secara liga untuk menentukan kedudukan dalam setiap kumpulan.

5.3 Hanya Juara dan Naib Juara setiap kumpulan akan layak ke pusingan seterusnya.

5.4 Pusingan kedua (2) dan seterusnya akan dijalankan secara format ‘KALAH-MATI’.

5.5 Undian untuk pusingan kedua (2) sehingga ke perlawanan akhir akan dibuat secara ‘Open Draw’

5.6 Kemenangan berdasarkan 5 permainan terbaik (Best of Five) dengan kiraan 11 mata dalam setiap set.

5.7 Semua pasukan yang bertanding mesti menghabiskan ketiga-tiga perlawanan (Perseorangan Pertama, Perseorangan Kedua dan Perseorangan Ketiga) semasa perlawanan di peringkat kumpulan.

5.8 Pada peringkat pusingan kedua dan seterusnya, mana-mana pasukan yang telah memenangi dua (2) perlawanan awal (Perseorangan Pertama dan Kedua) dikira sebagai pemenang peringkat tersebut tanpa perlu diadakan iaitu perlawanan ketiga (Perseorangan ketiga).

6.0 PEMBERIAN MATA DAN PENENTUAN KEMENANGAN

6.1 Pemberian mata dan penentuan kemenangan adalah berdasarkan format berikut:-

6.1.1 Menang : 2 mata
6.1.2 Kalah : 0 mata

6.2 Sekiranya setelah semua perlawanan di peringkat kumpulan telah selesai dan jika didapati dua (2) pasukan atau lebih memperolehi jumlah mata yang sama, maka tatacara mengikut susunan kaedah berikut akan diambilkira bagi menentukan susunan pemenang dalam kumpulan tersebut, iaitu:-

6.2.1 Sekiranya hanya ada dua (2) pasukan yang memperolehi mata yang sama, maka pemenang perlawanan di antara dua (2) pasukan tersebut akan dikira sebagai Juara Kumpulan.

6.2.2 Sekiranya ada tiga (3) atau lebih pasukan yang memperolehi mata yang sama, maka kaedah berikut akan digunakan mengikut turutan:-

6.2.2.1 Bilangan Perlawanan : Nisbah menang / kalah
6.2.2.2 Bilangan Permainan/Set : Nisbah menang / kalah
6.2.2.3 Bilangan mata permainan : Nisbah menang / kalah

7.0 HADIAH

7.1 Berpasukan Novis
Juara : RM1,500.00 Tunai + Medal
Naib Juara : RM700.00 Tunai + Medal
2 x Tempat ke-3/4 : RM300.00 Tunai + Medal

8.0 YURAN PENYERTAAN DAN PEMBAYARAN

8.1 Yuran : RM80.00

8.2 Proses pembayaran boleh dibuat terus ke akaun bank berikut :-
Nama Bank : Maybank Berhad
Nombor Akaun : 1660 1008 4615
Nama Akaun : Mohd Firdaus Bin Mohamad
Sila email bukti pembayaran kepada : precinct8club@gmail.com

Atau hubungi nombor-nombor berikut untuk proses seterusnya :-
1) Aidi Azhar (Setiausaha) : 012-217 3775
2) Mohd Firdaus : 016-617 5313

8.3 Tarikh tutup penyertaan dan pembayaran adalah selewat-lewatnya pada pukul 12.00 tengahari 10hb Mei 2017 (Rabu).

9.0 UNDIAN

9.1 Proses undian akan dijalankan seperti berikut :-
Tarikh : 10 Mei 2017
Masa : 9:30 malam
Tempat : Pusat Latihan KPPj8, Presint 9, Putrajaya

9.2 Semua pemain atau pengurus pasukan dijemput hadir dan keputusan undian adalah muktamad.

9.3 Keputusan undian dan jadual perlawanan akan diberitahu di laman-laman web yang berkaitan.

10.0 PENARIKAN DIRI (WALKOVER)

10.1 Penarikan diri adalah tidak dibenarkan sama sekali. Sekiranya berlaku, pengurus atau ketua pasukan perlu bertanggung jawab sepenuhnya termasuk digugurkan penyertaan.

10.2 Semua pasukan diwajibkan melaporkan diri 15 minit lebih awal sebelum masa yang ditetapkan dalam jadual rasmi Kejohanan.

10.3 Tangguhan masa 15 minit dari masa yang ditetapkan akan diberikan jika berlaku kelewatan, selepas masa tangguhan , maka pihak penganjur berkuasa memberi kemenangan PERCUMA (3-0) kepada pasukan yang hadir mengikut jadual.

11.0 BANTAHAN

11.1 Bantahan hanya boleh dibuat oleh Pengurus Pasukan atau Ketua Pasukan sahaja secara lisan kepada Ketua Pengadil, jika masih tidak berpuas hati, bantahan secara bersurat hendaklah dikemukakan kepada JURI RAYUAN dalam tempoh 30 minit selepas tamat perlawanan / insiden berkenaan.

11.2 Surat bantahan hendaklah ditangani oleh Pengurus Pasukan dan disertakan dengan cagaran wang tunai sebanyak RM 300.00 (Ringgit Malaysia : Tiga Ratus Ringgit Sahaja). Wang tersebut akan dikembalikan sekiranya bantahan yang dikemukan itu sah dan jika sebaliknya (Bantahan tidak sah) wang cagaran tidak akan dikembalikan.

11.3 Juri Rayuan adalah terdiri daripada :-
a) Pengerusi Jawatankuasa Penganjur
b) Pengadil Pertandingan
c) 3wakil dari pasukan yang bertanding yang tidak terlibat dalam
bantahan. Wakil-wakil ini akan dipilih oleh pihak penganjur.

12.0 HAK DAN KUASA PENGANJUR

12.1 Pihak pengajur berhak untuk menambah atau meminda mana-mana peraturan sekiranya perlu dan membuat keputusan atas perkara-perkara tidak dijelaskan dalam peraturan pertandingan (‘grey area’) untuk melancarkan lagi kejohanan.

12.2 Pihak Penganjur berhak untuk membatalkan penyertaan pemain/pasukan yang melanggar peraturan sekiranya perlu.

12.3 Sebarang keputusan yang dibuat oleh pihak penganjur adalah muktamad

13.0 PENGADIL

13.1 Pihak penganjur tidak akan menyediakan pengadil semasa perlawanan-perlawanan peringkat kumpulan. Kerjasama dari semua pasukan yang bermain untuk menyediakan pengadil adalah diperlukan.

13.2 Pengadil hanya akan disediakan pada peringkat Pusingan Kedua sehingga tamat.

14.0 BOLA PERTANDINGAN DAN PAKAIAN

14.1 Bola berjenama DHS D40+ berwarna PUTIH akan disediakan dan digunakan sepanjang pertandingan.

14.2 Semua pemain yang bertanding tidak dibenarkan memakai baju berwarna PUTIH sepanjang pertandingan.

14.3 Semua pemain adalah digalakkan memakai pakaian yang bersesuaian dan menutup aurat.

15.0 PENGINAPAN DAN KEMUDAHAN AM

15.1 Pihak penganjur tidak menyediakan kemudahan penginapan.

16.0 KESELAMATAN

16.1 Pihak Penganjur tidak akan bertanggung jawab keatas sebarang kemalangan / kecederaan / kerugian / kehilangan harta benda pemain sebelum, semasa atau selepas Kejohanan ini.

16.2 Kerjasama diminta dari semua pemain agar menjaga kebersihan dewan dan persekitarannya.
ayamlaga
Golduser
Golduser
 
Posts: 1570
Joined: Mon Apr 19, 2010 12:26 am
 

Re: Kejohanan Pingpong Terbuka Cyberjaya 2017

Postby ayamlaga » Mon Apr 17, 2017 9:35 am

1. MPB - Isrul
2. SMSS ALUMNI A - Aidil
3. SMSS ALUMNI B - Aidil
4. SMSS ALUMNI C - Aidil
5. UKM - Basir (PAID)
6. Popiah Basah A - Jek (PAID)
7. Popiah Basah B - Jek (PAID)
8. DNA - Dzulham (PAID)
9. SB Resources - Dr Farhan
10. USM A - Fahmin (PAID)
11. USM B - Fahmin (PAID)
12. USM C - Fahmin (PAID)
13. USM D - Fahmin (PAID)
14. Sentral Warior - Mazrul (PAID)
15. ZJK Group - Shahir
16. Bujang terlajak - Arif
17. TLDM A - Mirul
18. TLDM B - Mirul
19. TLDM C - Mirul
20. TLDM D - Mirul
21. P8 A - Hisham (PAID)
22. P8 B - Hisham (PAID)
23. P8 C - Hisham (PAID)
24. P8 D - Hisham (PAID)
25. P8 E - Hisham (PAID)
26. P8 F - Hisham (PAID)
27. BSB Secret Team A - Peja (PAID)
28. BSB Secret Team B - Peja (PAID)
29. Mercumaya - Mizan
30. Rozena - Ezad (PAID)
31. Cornilleau Malaysia A - Harris (PAID)
32. Cornilleau Malaysia B - Harris (PAID)
33. Cornilleau Malaysia C - Harris (PAID)
34. Cornilleau Malaysia D - Harris (PAID)
35. Faizam & Fren - Faizam (PAID)
36. Gegen Reds - Khairil Azli (PAID)
37 Sky A - Zul
38. Team BSE - Izman (PAID)
39. Ababil Team - Pok May (PAID)
40. SHSB - Khusairi (PAID)
41. Team Putra Perdana - Pian (PAID)
42. Tajam Newbies - Saidi (PAID)
43. MPSepang 1- Shauqi
44. MPSepang 2- Shauqi
45. Sg Pahang - Shahrin (PAID)
46. Tourism A - Hamka
47. Tourism B - Hamka
48. Tourism C - Hamka
49. Lange Noppen TTC - Cg Suhaimi
50. Tg. Malim - Wahida
51. MSA Gewo Hype EL - Syafiq
52. MSA Gewo Nanoflex - Syafiq
53. Team QSAS - Suhail (PAID)
54. Yamseng A - Mat
55. CVR - Khairulnizam (PAID)
56. Unikl Miat - Rahman
57. Smartkem - Haizad
58. Geng LMD - Aizril (PAID)
59. IPD Sepang A - Azim
60. IPD Sepang B - Azim
61. IPD Sepang C - Azim
62. Masjid Al-Khairiah Seri Gombak A - Maulud
63. Masjid Al-Khairiah Seri Gombak B - Maulud
64. KPPKB - Lan DHS (PAID)

RESERVE LIST
65. Sky B - Zul
66. MaGIC - Farhan
ayamlaga
Golduser
Golduser
 
Posts: 1570
Joined: Mon Apr 19, 2010 12:26 am
 
 

Return to Tournament

Who is online

Users browsing this forum: Bing [Bot] and 2 guests