BTHO News

General Talk

Re: BTHO News

Postby dking » Mon Dec 31, 2012 3:42 am

20121230_153941-1[1].jpg
btho pic : Perlawanan mendebarkan...Taufik bernasib baik apabila menang tipis menewaskan Goh Yi Long, 3-2, dengan 11-7, 8-11, 11-5, 11-13, 11-9. Terdahulu, perseorangan pertama Foo Dun Lee turut ditentang hebat sebelum menang dengan 11-7, 6-11, 13-11, 7-11, 11-9. Sementara itu pasangan beregu Aidil/Hafiz kurang bernasib baik apabila tumpas 4-11, 11-5, 8-11, 11-9, 11-13 kepada Ethan Poh/Bernard Tan. Y Shazali Power menang, 2-1, menewaskan Ace Club Singapore diperingkat suku akhir.
20121230_153941-1[1].jpg (74.74 KiB) Viewed 989 times
User avatar
dking
Golduser
Golduser
 
Posts: 2402
Joined: Fri Jul 04, 2008 12:00 am
Location: BDR TUN HUSSEIN ONN
 

Re: BTHO News

Postby dking » Tue Jan 01, 2013 2:57 am

20121230_150108-1[1].jpg
btho pic : rahmat dari ttwangsa tumpas kepada ah pau 10-12, 11-3, 11-8, 10-12, 6-11 pada perlawanan peringkat separuh akhir berpasukan novis. kemudian, pasangan beregu ttwangsa azri/zamzuri berjaya menyamakan kedudukan apabila menumpaskan pasangan idris/a choy dengan straight game 11-9, 11-4, 11-7. selepas itu, pemain penentuan, dr farhan dari ttwangsa gagal menyekat ampangan apabila tumpas mudah kepada pemain negara hang tuah, yusri dengan 2-11, 14-16, 5-11. ampangan menang 2-1.
20121230_150108-1[1].jpg (52.49 KiB) Viewed 903 times
User avatar
dking
Golduser
Golduser
 
Posts: 2402
Joined: Fri Jul 04, 2008 12:00 am
Location: BDR TUN HUSSEIN ONN
 

Re: BTHO News

Postby dking » Tue Jan 01, 2013 3:21 am

20121230_153809-1[1].jpg
btho pic : faizal maluri bermain cemerlang apabila berjaya menumpaskan tyle dari cafe cartell A dengan 16-14, 11-9, 6-11, 11-8 pada peringkat separuh akhir berpasukan novis. selepas mengutip mata pertama, pasangan beregu y shazali blue, kah jin/zhung ling terus unggul dengan menewaskan pasangan singapore uday/deng yao liang 11-6, 11-3, 11-1. y shazali blue menang 2-0.
20121230_153809-1[1].jpg (48.22 KiB) Viewed 902 times
User avatar
dking
Golduser
Golduser
 
Posts: 2402
Joined: Fri Jul 04, 2008 12:00 am
Location: BDR TUN HUSSEIN ONN
 

Re: BTHO News

Postby sir rashid kktmr » Tue Jan 01, 2013 5:32 am

Great info dari tuan dking..
:wink: :wink:
Kemudahan Homestay di Melaka & N9 ..
http://disharhomestay.blogspot.com/
User avatar
sir rashid kktmr
Golduser
Golduser
 
Posts: 516
Joined: Mon Sep 26, 2011 12:30 pm
Location: N9 & MELAKA
 

Re: BTHO News

Postby abijae » Tue Jan 01, 2013 7:23 am

Semua perlawanan yang melibatkan kelab-kelab dari Singapura memang amat mendebarkan kerana pemain-pemain mereka berada dalam kelas yang tinggi. Hanya Taufik jer yang tidak kalah kepada mereka...Kian Beng tewas , Foo Dun Lee tewas, Bobot & Hafiz tewas, Faizal & Azwa juga tewas.. Kalaulah Syakirin ada tentu kejohanan ini akan jadi lebih meriah lagi...SYABAS PENGANJUR.
abijae
Golduser
Golduser
 
Posts: 749
Joined: Mon Aug 03, 2009 8:51 am
Location: Kuantan
 

Re: BTHO News

Postby dking » Tue Jan 01, 2013 10:26 am

20121230_163142-1[1].jpg
btho pic : chai kian beng terpaksa akur diatas kehebatan pemain Singapore, li hang, apabila tewas 8-11, 11-9, 6-11, 12-10, 9-11 dalam pertandingan separuh akhir berpasukan expert. pasangan beregu y shazali blue, faizal/azwar turut kecundang kepada pasangan uday satyamohan athreya/deng yao liang, 7-11, 11-7, 11-8, 3-11, 5-11. Cafe carttel A menang 2-0.
20121230_163142-1[1].jpg (57.73 KiB) Viewed 890 times
User avatar
dking
Golduser
Golduser
 
Posts: 2402
Joined: Fri Jul 04, 2008 12:00 am
Location: BDR TUN HUSSEIN ONN
 

Re: BTHO News

Postby dking » Tue Jan 01, 2013 10:56 am

20121230_161200-1[1].jpg
btho pic : pemain import dari Jakarta, yossi, gagal menyaingi kehebatan naib juara kejohanan ping pong Malaysia ke49, foo dun lee apabila tewas mudah dengan 7-11, 7-11, 6-11 pada peringkat separuh akhir berpasukan expert. pasangan beregu y shazali power, aidil/hapiz, terus menutupkan peluang argol johor beraksi keperlawanan akhir dengan menewaskan fadli/suffian 11-7, 13-11, 11-5. Y shazali power menang 2-0.
20121230_161200-1[1].jpg (69.23 KiB) Viewed 884 times
User avatar
dking
Golduser
Golduser
 
Posts: 2402
Joined: Fri Jul 04, 2008 12:00 am
Location: BDR TUN HUSSEIN ONN
 

Re: BTHO News

Postby dking » Tue Jan 01, 2013 11:19 am

20121230_180425-1[1].jpg
btho pic : foo dun lee, naib juara kejohanan ping pong Malaysia ke 49, gagal berada dipuncak permainan apabila tumpas kepada pemain kota singa, lu hang, 1-3. Foo dun lee tewas 12-10, 9-11, 8-11, 4-11 dalam perlawanan akhir kejohanan ping pong 1 malaysia berpasukan expert. pertandingan akhir yang berjalan serentak ini turut mengecewakan pasangan beregu y shazali power, aidil/hafiz, apabila terpaksa tunduk kepada beregu perkasa kota singa, uday satyamohan athreya/deng yao liang dengan 10-12, 7-11, 9-11. Cafe cartel A muncul johan menewaskan y shazali power 2-0.
20121230_180425-1[1].jpg (51.44 KiB) Viewed 878 times
User avatar
dking
Golduser
Golduser
 
Posts: 2402
Joined: Fri Jul 04, 2008 12:00 am
Location: BDR TUN HUSSEIN ONN
 

Re: BTHO News

Postby Ust Din » Tue Jan 01, 2013 12:06 pm

Salam. . .

Ingin bertanya. . . . Apakaha standart pemain s.pore yg di hantar.? Adakah mereka ini hanya pemain kelab atau mereka ini merupakan level expert di s.pore atau novis shj di s.pore?
" HIDUP KU KERANA MU YA ALLAH "

" SETIAP HARI KITA MATI DAN KITA HIDUP KEMBALI , SATU HARI AKAN TIBA KITA AKAN MATI DAN TIDAK AKAN HIDUP LAGI "
User avatar
Ust Din
Golduser
Golduser
 
Posts: 418
Joined: Tue Mar 29, 2011 12:00 pm
 

Re: BTHO News

Postby dking » Tue Jan 01, 2013 9:23 pm

Ust Din wrote:Salam. . .

Ingin bertanya. . . . Apakaha standart pemain s.pore yg di hantar.? Adakah mereka ini hanya pemain kelab atau mereka ini merupakan level expert di s.pore atau novis shj di s.pore?

fikir fikir lahhh...
User avatar
dking
Golduser
Golduser
 
Posts: 2402
Joined: Fri Jul 04, 2008 12:00 am
Location: BDR TUN HUSSEIN ONN
 

Re: BTHO News

Postby dking » Wed Jan 02, 2013 10:09 am

BELALANG TURUT SERTA..
PENSONAN
KE PALEMBANG
APRIL

BTHO 02 JAN. – Kelab Ping Pong BTHO, hari ini mengumumkan sekutunya, pensonan akan mengadakan lawatan/perlawanan persahabatan antarabangsanya kePalembang, Indonesia dari 6 hingga 9 april 2013. Demikian, menurut Pengerusi kelab BTHO, sdra BlackDragon ketika ditemui beliau, disini,semalam.

BlackDragon selanjutnya berkata, turut menyertai lawatan Pensonan kePalembang nanti ialah sdre belalang@Zamzuri, seorang pemain ping pong handalan yang cukup dikenali khususnya disekitar Lembah Klang. Menurutnya, kehadiran belalang dalam pensonan adalah diatas kerelaanya sendiri yang ingin membantu pensonan ketika berada diKota Palembang nanti.

Menurut satu sumber pensonan memberitahu, seramai tujuh anggota pensonan telah mengesahkan kePalembang pada bulan april 2013. Diantaranya yang tersenarai didalam tempahan tiket penerbangan online dua bulan yang lalu ialah sdre matputar, Dking, Malik Taib, Kamal Azlan, Zulkfli Pin, Muhamad Ibrahim dan belalang. Menurut sumber itu lagi, beberapa nama besar ping pong disekitar Lembah Klang turut berminat untuk menyertai lawatan pensonan kePalembang april nanti. Mereka menyatakan hasrat hendak turut serta kePalembang ketika menyertai kejohanan ping pong 1 malaysia ahad lalu.
User avatar
dking
Golduser
Golduser
 
Posts: 2402
Joined: Fri Jul 04, 2008 12:00 am
Location: BDR TUN HUSSEIN ONN
 

Re: BTHO News

Postby Aiwah!!...kida ho... » Wed Jan 02, 2013 3:20 pm

Ust Din wrote:Salam. . .

Ingin bertanya. . . . Apakaha standart pemain s.pore yg di hantar.? Adakah mereka ini hanya pemain kelab atau mereka ini merupakan level expert di s.pore atau novis shj di s.pore?

tahun lps, bdk kecik makan ex national player kita 3-1 dlm single open 8O ...kena ukur sendiri lah tu... 8)
Aiwah!!...kida ho...
Golduser
Golduser
 
Posts: 726
Joined: Sun Jun 13, 2010 7:56 pm
 

Re: BTHO News

Postby dking » Fri Jan 04, 2013 2:45 am

MINI SIRIES BTHO/PP4M 2013 BERMULA 02.02.2013
RAJA BINTIK 2012
TANGGAL 26.01.2013

BTHO 04 JAN. – Setelah Raja Bintik dipintas oleh kejohanan ping pong 1 Malaysia pada 29.12.2012 minggu lalu, akhirnya Kejohanan Raja Bintik 2012 anjuran kelab ping pong BTHO akan menemui para peminat tegarnya pada 26.01.2013 hujung bulan ini. Demikian, diumumkan oleh pengerusi Kelab Ping Pong BTHO, sdre BlackDragon ketika bermesyuarat ringkas bersama ajknya yang berakhir lewat malam tadi, disini.

Menurut BlackDragon, kejohanan Raja Bintik 2012 musim keempat yang sepatutnya berlangsung minggu lalu terpaksa ditunda/memberi laluan kepada kejohanan ping pong berskala besar, 1 Malaysia, anjuran kelab ping pong Maluri. Dalam masa yang sama beliau juga mengumumkan pertandingan ping pong mini siri BTHO/PP4M 2013 akan bermula seminggu selepas iaitu pada 02.02.2013 ini.

Sehubungan itu, BlackDragon berharap, bakal peserta yang akan mengambil bahagian tidak akan terkeliru dengan dua kejohanan ping pong berbeza yang akan berlangsung selang seminggu itu. Katanya lagi, beliau terpaksa melakukan begini kerana takut akan kesuntukan masa untuk menghabiskan pertandingan mengikut jadual pada penghujung tahun nanti.

Ekoran itu, beliau seterusnya berkata, peserta yang ingin menyertai kejohanan Raja Bintik 2012 yang tiada kemudahan diPP4M.com untuk reply masuk, mereka bolehlah menghubungi terus/menghantar sms kepada pihak penganjur ditalian 0126669942(BlackDragon) dan 0178715359(Dking). Pihak penganjur akan melancarkan kejohanan Raja Bintik 2012 dan pertandingan mini siries BTHO/PP4M serentak pada tread Khas di PP4M sedikit masa lagi.

Sdre BlackDragon berharap, kejohanan RAJA BINTIK yang bakal berlangsung nanti akan dapat menyemarakan lagi penggunaan getah bintik terutama kepada penggemar penggemar tegarnya. Dalam masa yang sama kejohanan Raja Bintik akan dapat melahirkan seorang pemain bintik terbaik serta disahkan dalam satu kejohanan khas bintik.
User avatar
dking
Golduser
Golduser
 
Posts: 2402
Joined: Fri Jul 04, 2008 12:00 am
Location: BDR TUN HUSSEIN ONN
 

Re: BTHO News

Postby dking » Sat Jan 05, 2013 11:22 am

RAJA BINTIK 2012
7 PESERTA BINTIK
DAPAT HIKMAH…

BTHO 06 JAN. – Gara gara tarikh raja Bintik dipintas oleh 1 Malaysia, sekumpulan 7 peserta Bintik 2011 yang menjalani hukuman gantung penyertaan selama 12 bulan yang berakhir 31.12.2012 lalu, mendapat hikmah besar apabila mereka boleh/sempat menyertai kejohanan Raja Bintik 2012, jika mereka mahu. Ini berikutan kejohanan Raja Bintik 2012 yang dijadualkan berlangsung pada 29.12.2012 lalu telah ditunda pada 26.01.2013 hujung bulan ini.

Mereka yang terselamat ialah Shirin 1, Ahmad Shahir, Aziz Tambak Jawa, Masrob Tambak Jawa, Icam Tambak Jawa, Hairi, dan Zaki. Menurut Pengerusi Kejohanan Raja Bintik 2013, Sdre BlackDragon ketika diminta mengulas berkata, “ dari sudut teknikalnya mereka ini layak untuk menyertai kejohanan ini sekarang. Sekiranya tarikh Raja Bintik kekal pada 29.12.12 yang lalu, mereka belum lagi boleh untuk menyertai pertandingan.” Kata BD.

Ujar BlackDragon lagi, bagi kejohanan Raja Bintik 2012 yang akan berlangsung pada 2013, beliau berharap kejohanan ini akan berjalan dengan lancar. Sekiranya para peserta ada sebarang masaalah, sila maklum kepada pihak penganjur dengan segera. Beliau seterusnya berkata, perbuatan mendiamkam diri dan tidak memaklumkan kepada pihak penganjur sekiranya tidak dapat menyertai pertandingan adalah sangat tidak bertanggung jawab dan harus dielakan.

**********************************************************************************************************************************************************

Dibawah disertakan petikan BTHO news yang lalu….

BTHO 04 DIS 2011 – Tujuh peserta Raja Bintik yang tidak hadir tanpa sebarang makluman, hari ini menerima padahnya apabila kesemua mereka dikenakan hukuman gantung selama 12 bulan berkuatkuasa dari januari hingga disember 2012. Demikian, kenyataan keras yang dikeluarkan oleh Pengerusi kelab Ping Pong BTHO sdre BlackDragon setelah selesai mesyuarat tergemparnya bersama ajk kelab yang baru tamat sebentar tadi.

Peserta Peserta Raja Bintik yang akan menjalani hukuman gantung 12 bulan tersebut ialah shirin1, Ahmad Shahir, Aziz Tambak Jawa, Masrob Tambak Jawa, Icam Tambak Jawa, Hairi dan Zaki. Menurut lapuran mereka didapati bersalah kerana tidak hadir kelokasi kejohanan sehingga kejohanan bermula tanpa sebarang makluman.
User avatar
dking
Golduser
Golduser
 
Posts: 2402
Joined: Fri Jul 04, 2008 12:00 am
Location: BDR TUN HUSSEIN ONN
 

Re: BTHO News

Postby dking » Sat Jan 05, 2013 9:24 pm

PENGANJUR TINGKATKAN HADIAH WANG TUNAI
PAKAR BINTIK :
DICABAR
MASUKI KEJOHANAN

BTHO 05 JAN. – “ Sesiapa yang merasakan dirinya bagus dalam penggunaan getah pimple..silalah masuk dalam kejohanan Raja Bintik anjuran kelab BTHO yang sedang dibuka untuk pendaftaran sekarang.” Kata seorang peminat pimple tegar yang menghubungi pihak penganjur sebentar tadi melalui telefon. Menurut beliau yang tidak mahu dikenali, kejohanan ini secara tidak langsung akan dapat mengukur siapa dikalangan pengguna pimple dibumi Malaysia ini yang terbaik pada setiap tahun.

Sehubungan itu, bagi menyemarakan lagi kejohanan ini, pihak penganjur bersetuju untuk menaikan hadiah wang tunai kejohanan Raja Bintik 2012. Johan Raja Bintik 2012 meningkat dari RM 300.00 tahun lalu ke RM 400.00 berserta medal. N Johan pula menganjak dari RM 200.00 ke RM 300.00 berserta medal. Tempat ketiga selesa beroleh RM 200.00 berserta medal. Manakala tempat keempat pula meraih RM 100.00. Pengerusi kelab BTHO, Sdra BlackDragon berharap, kenaikan hadiah wang tunai ini akan dapat menarik lebih ramai lagi peserta yang lebih berwibawa memasuki kejohanan ini dari semasa kesemasa.
User avatar
dking
Golduser
Golduser
 
Posts: 2402
Joined: Fri Jul 04, 2008 12:00 am
Location: BDR TUN HUSSEIN ONN
 
 
PreviousNext

Return to General

Who is online

Users browsing this forum: No registered users and 0 guests